Khamis, 4 Mac 2010

.::Pengorbanan atau Tanggungjawab::.

Assalamualaikum..
Sekian lama tak membuat catitan dalam bingkisan nie. Rindu rasanye untuk menceritakan sesuatu yang baru mengenai diri nie.

Alhamdulillah,tugas sebagai seorang hamba masih diteruskan sehingga hari nie. Menjadi seorang hamba yang sentiasa belajar dan mencari ilmu Allah. Sekarang ana sudah bergelar pelajar setelah sekian lama menganggur. Ini rezeki yang Allah tentukan untuk ana. Walaupun bermacam2 temuduga n application form yang telah diisi. Ini yang telah ditetapkan.

Seorang yang masih mengharapkan kasih sayang atau masih manja dengan keluarga. Memang sukar untuk berjauhan dengan mama n ayah tersayang. Ini yang membuatkan ana perlu membuat keputusan untuk diri dan keluarga. ia dinamakan pengorbanan atau tanggungjawab.

Setelah berfikir dan mencari hikmah disebalik keputusan untuk sambung belajar baru terdetik dalam hati yang sememangnya pengorbanan dan tanggungjawab datang sekali. Perngorbanan disebabkan kena berjauhan dari mama n ayah untuk sambung belajar di tempat yang jauh. Tanggungjawab wujud bila mama n ayah percayakan diri nie yang diri mampu lakukan yang terbaik untuk keluarga.

Itu yang membuatkan diri nie betul2 berusaha untuk jadi anak yang solehah. Walaupun bukan mudah tapi setidak2nye. Ada usaha ke jalan tu. Menuju redha Allah. Sesungguhnya redha Allah datangnye dari redha kedua ibubapa.

Moga2 diri nie dapat melaksanakan pengorbanan n tanggungjawab nie dengan baik. InsyaAllah.
Mari kita laksanakan bersama2 permintaan atau impian ibubapa kita selagi yang termampu.