Jumaat, 21 Mei 2010

.::CinTa::.

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Cinta?? Pernah tak hati kalian terlibat dengan CINTA.Terlalu sukar untuk menceritakan tentang CINTA. CINTA mempunyai banyak yang boleh dikaitkan dengan CINTA. Tapi untuk entry nie ana just nak cerita CINTA dalam pandangan ISLAM.

CINTA itu INDAH. Ia juga FITRAH yang dikurniakan oleh Sang PEMILIK segala CINTA kepada MAKHLUK ciptaanNya. Siapalah ana untuk berbicara pasal CINTA andai tidak berlandaskan landasan yang dituntut. Indahnya dilamun CINTA. Bahagianya jika CINTA itu diletakkan pada tempatnya. (ceh macam pakar cinta pulak)

CINTA dalam ISLAM terbahagi kepada 5 bahagian. CINTA pada ILLAHI. CINTA pada RASULULLAH. CINTA pada IBUBAPA. CINTA pada SESAMA MANUSIA. CINTA pada MAKHLUK n CIPTAAN ALLAH.

CINTA pada ILLAHI yang sukar dan susah dicari pada remaja dan golongan ketika ini. Bukan merendahkan atau mengecilkan siapa-siapa. Tapi tu lah kenyataan yang sedang berlaku.
CINTA manusia terlalu diagungkan. Izinkan kita mencontohi RABIATUL ADAWIYAH, mujahidah terulung yang sentiasa menjadi sebutan dari kisah CINTA nya kepada PENCIPTAnya.

Tidak terbanding kiranya untuk disamakan diri RABIAH dengan kita. Sehinggakan disatu saat beliau membawa SEBALDI air ditangan Kirinya dan SEBATANG kayu yang menyala api dihujungnya. Ada antara sahabat yang bertanyakan untuk apa dibawanya api dan air tersebut. Diberitahunya RABIAH bahawa API itu untuk memadamkan API NERAKA supaya tiada HAMBA ALLAH yang beramal kerana takutkan balasan API NERAKA. Dan diberitahunya juga API yang dibawanya untuk membakar SYURGA supaya tiada HAMBA ALLAH yang beramal kerana mengharapkan syurga dariNya. Terus RABIAH memberitahu supaya jadilah hamba yang taat kepada PENCIPTANYA dengan rasa keHAMBAAN yang tinggi dengan beramal semata-mata kerana ALLAH. Subahannallah. Indahnya CINTA mujahidah yang bernama RABIATUL ADAWIYAH.

Percayalah CINTA ALLAH yang menjadikan kita HAMBA yang sempurna dalam segalanya.
Dalam ketaatan kita, kehambaan kita dan lain-lain lagi.

CINTA pada RASULULLAH. Seperti yang kita sedia tahu yang dengan berselawat adalah salah satu cara menunjukkan kita sentiasa mengingati dan sanyangkan BAGINDA. selain itu jika kita CINTA pada BAGINDA jiga kita boleh amalkan segala ajaran dan sunnah yang diamalkan supaya rasa CINTA kita pada BAGINDA lebih dalam dan dapat menghayati segala pengorbanan RASULULLAH dalam menegakkan SYIAR islam. Amalkan SUNNAH, HADIS dan AL-QURAN yang BAGINDA tinggalkan kepada kita (ummat yang disayangi RASULULLAH).


Khamis, 20 Mei 2010

.::FikiR-fIkiRkan Lah::.

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb


Bu, adik Cuma ingin bertanya

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu


Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu


Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu

Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?

Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....


Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

di pAgi aRi jUmaaT


Alhamdulillah..
kenyang..selamat sepinggan nasi lemak.Sedapnya pagi-pagi dapat makan nasi lemak berulamkan air sirap limau.kenyang-kenyang pun siap tapau roti canai tu untuk bekalan di tengah hari..hehehee..

Disebabkan sekarang berada dibumi terengganu jadi ari jumaat adalah hari cuti.Jadi dari duk keboringan dalam hostel baik klua ngan membe g sarapan kat luar.Bertemankan seorang MUSLIMAT yang sekepala ngan ana, kami pun terus menuju ke kedai yang hampir 1km lebih gak la demi menghabiskan masa yang banyak (kononnya la, padahal tak nak makan kat tempat budak laki).

Setiap langkah yang dihiasi gelak tawa dan cita-cita yang tak memboringkan hampir la kami kat kedai yang dihajati.Tapi..ader la pulak budak laki yang makan kat kedai tu.Ish..sibuk tul.Makan je la kat dewan makan tu.Apakan daya tu bukan kedai kami, hehe..jadi biarkan je la dan nasib baik dorang dah selamat makan just tinggal bayar dan balik.So, tak la marah sangat.

Selamat makan ingat nak melencong ke kedai runcit yang berdekatan tapi..tutup la plak.(tu la orang melayu cube la buka kedai pagi-pagi tak de la kite orang merungut). Cita-cita nak pau kotak kat kedai tu tak berjaya.Jadi kena la rajin kan diri untuk keluar lagi esok.

Berbekalkan kekenyangan yang teramat sangat kami pun balik ke hostel. Balik-balik ader plak budak laki duk bersidai kat ATM mesin. Aduh ganggu btul ana nak pegi ATM jadi terbatal la niat nak ke ATM.

Moral of the story...tak der ape pun just nak penuhkan entry dengan keje harian yang hampir membosankan.

Tambahkan Amal untuk hari ye...