Jumaat, 21 Mei 2010

.::CinTa::.

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Cinta?? Pernah tak hati kalian terlibat dengan CINTA.Terlalu sukar untuk menceritakan tentang CINTA. CINTA mempunyai banyak yang boleh dikaitkan dengan CINTA. Tapi untuk entry nie ana just nak cerita CINTA dalam pandangan ISLAM.

CINTA itu INDAH. Ia juga FITRAH yang dikurniakan oleh Sang PEMILIK segala CINTA kepada MAKHLUK ciptaanNya. Siapalah ana untuk berbicara pasal CINTA andai tidak berlandaskan landasan yang dituntut. Indahnya dilamun CINTA. Bahagianya jika CINTA itu diletakkan pada tempatnya. (ceh macam pakar cinta pulak)

CINTA dalam ISLAM terbahagi kepada 5 bahagian. CINTA pada ILLAHI. CINTA pada RASULULLAH. CINTA pada IBUBAPA. CINTA pada SESAMA MANUSIA. CINTA pada MAKHLUK n CIPTAAN ALLAH.

CINTA pada ILLAHI yang sukar dan susah dicari pada remaja dan golongan ketika ini. Bukan merendahkan atau mengecilkan siapa-siapa. Tapi tu lah kenyataan yang sedang berlaku.
CINTA manusia terlalu diagungkan. Izinkan kita mencontohi RABIATUL ADAWIYAH, mujahidah terulung yang sentiasa menjadi sebutan dari kisah CINTA nya kepada PENCIPTAnya.

Tidak terbanding kiranya untuk disamakan diri RABIAH dengan kita. Sehinggakan disatu saat beliau membawa SEBALDI air ditangan Kirinya dan SEBATANG kayu yang menyala api dihujungnya. Ada antara sahabat yang bertanyakan untuk apa dibawanya api dan air tersebut. Diberitahunya RABIAH bahawa API itu untuk memadamkan API NERAKA supaya tiada HAMBA ALLAH yang beramal kerana takutkan balasan API NERAKA. Dan diberitahunya juga API yang dibawanya untuk membakar SYURGA supaya tiada HAMBA ALLAH yang beramal kerana mengharapkan syurga dariNya. Terus RABIAH memberitahu supaya jadilah hamba yang taat kepada PENCIPTANYA dengan rasa keHAMBAAN yang tinggi dengan beramal semata-mata kerana ALLAH. Subahannallah. Indahnya CINTA mujahidah yang bernama RABIATUL ADAWIYAH.

Percayalah CINTA ALLAH yang menjadikan kita HAMBA yang sempurna dalam segalanya.
Dalam ketaatan kita, kehambaan kita dan lain-lain lagi.

CINTA pada RASULULLAH. Seperti yang kita sedia tahu yang dengan berselawat adalah salah satu cara menunjukkan kita sentiasa mengingati dan sanyangkan BAGINDA. selain itu jika kita CINTA pada BAGINDA jiga kita boleh amalkan segala ajaran dan sunnah yang diamalkan supaya rasa CINTA kita pada BAGINDA lebih dalam dan dapat menghayati segala pengorbanan RASULULLAH dalam menegakkan SYIAR islam. Amalkan SUNNAH, HADIS dan AL-QURAN yang BAGINDA tinggalkan kepada kita (ummat yang disayangi RASULULLAH).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan