Sabtu, 25 April 2009

Amalkan budaya nasihat

Kosmo,26 april..

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

iNsAn bErgElAr waNiTa..


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

..rEnUngAn bErsAmA..


Kata Ibnu Qayyim –


10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


sekian...wallahualam.

..isTemEwanYa jAdI wAniTa..

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah bahawa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.

  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 000 lelaki yang tidak soleh.
  3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
  5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan haramnya api Neraka ke atas tubuhnya.
  6. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti sedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" yang bermaksud: "SegAla puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." Maka, Allah menetapkan dia bebas dari Neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
  8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah saw di dalam syurga
  9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua anak saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dengan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
  10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu ia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Nereka."
  11. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
  12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu Neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya (serta menjaga sembahyang dan puasa).
  15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah saw siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab baginda. "Suaminya" "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" jawab baginda "Ibunya."
  16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk Syurga dari mana saja yang dia kehendaki.
  17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  18. Apabila sesorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.
  19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
  21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat pada malam hari.
  22. Apabila seseorang perempuan mula jatuh sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatakan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah kurniakan satu pahala haji.
  24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

kEkUrAngAn sEorAng wAniTA aPaBiLa..


Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaitu memohon ampun. kerana aku melihat kaum wanitalah yamg lebih ramai menjadi penghuni neraka."


Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah bersabda,"Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi,"Wahai Rasulullah!apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah bersabda,"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak boleh mendirikan sembahyang pada malam2 yang dilaluinya kemudian berbuka di bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."(Riwayat Muslim)

Wanita adalah makhluk yang unik diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki.Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Perempuan dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh,tertipu dan terpedaya. Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain,Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan.

..kErInDuAn sEoRaNg InSaN..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani.

Setiap berhubungan ada pertemuan. Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap perpisahan ada penyebabnya. Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan apakan daya untuk menolak takdir yang tercipta. Andai itu yang tertulis oleh Sang Pencipta.
Bukan mudah untuk menerima kenyataan apabila terpaksa kehilangan orang yang tersayang. Apatah lagi disaat diri cuba disayangi dan menyayangi. Amat tersentap jiwa apabila diri telah dikabarkan dengan berita kehilangan si dia. Biarpun selama ini kehadirannya hanya sebagai peneman hidup sebuah keluarga.
Tanggal 7 mac 2009, jam 1.15 a.m. di saat semua orang di layar mimpi indah. Dikala itu jua diri menerima panggilan dari seorang insan dengan menyatakan atuk kesayangan telah kembali ke Rahmatullah. Masakan diri dapat menerima berita itu di saat diri tahu yang atuk tak pernah mengalami apa-apa penyakit. Tapi itulah janji Sang Pencipta. Kesihatan tidak menjanjikan apa-apa andai Dia telah tatapkan waktuNya.
Kehilangannye tetap kami redhai. Biarpun semua ahli keluarga masih terpempan dengan kehilangannya. Masakan tidak dirasai apabila disaat akhirnya,dia menunjukkan kasih sayangnya kepada semua ahli keluarga. Bagaikan terasa bahang sayang terakhir itu. Pemergiannya penuh dengan keredhaan dan persoalan. Masakan tiada persoalan andai kewujudan insan yang penuh dengan misteri. Tapi itulah kuasa Allah.
Pemergiannya kami uruskan dengan cara yang wajib. Apabila tiba saat untuk mengusung arwah ke perkuburan kami sekeluarga didatangi oleh seorang hamba Allah yang penuh misteri. Agak jarang apabila seorang jenazah yang telah disembahyangkan di sembahyangkan lagi tetapi bukan secara beramai2 tapi hanya dua orang sahaja. Sebagai ahli keluarga kami hanya mampu melihat dan mampu berdoa kepada arwah. Setelah semuanya selesai kami tekelu lagi dengan perbuatan yang dilakukan oleh hamba Allah yang penuh misteri itu lagi. Dia bagaikan wakil kami untuk memberi ucapan terakhir seperti yang biasa dilakukan apabila jenazah hendak dibawa ke perkuburan.
Ucapannya bagaikan seseorang yang amat mengenali arwah sedangkan kami musykil dengan kehadirannya. Lebih mengelirukan apabila selesai ucapan, hamba Allah itu menanyakan nama arwah. Dengan lidah yang masih kelu kami hanya menurutkan apa yang dikatakan. Tanpa sebarang soalan kami memberi nama arwah kepadanya. Dengan izin Allah jenazah yang dibawa oleh ahli keluarga terasa ringan dan mudah sungguh pengurusan pengebumian jenazah dilakukan. Setelah selesai semua urusan diperkuburan kami sekeluarga pulang dengan kerinduan. Kerinduan yang amat sangat kepada arwah.
Kenduri tahlil dilakukan selepas maghrib hanya untuk ahli keluarga. Disitulah semua peroslan wujud. apabila ada yang bertanyakan kehadiran hamba Allah yang penuh misteri itu. Masakan tidak, semua yang dilakukan bagai telah disuruh. Tanpa soalan atau permintaan yang kedengaran dari hamba Allah tersebut. Antara kami cuba untuk mengingati dan memberitahu rupa hamba Allah tersebut tapi seorang pun tak dapat bayangkan lagi rupa parasnya itu. Semuanya hanya dapat melihat kabur2 sahaja. Bermula dari itulah kami dapat alamat bahawa hamba Allah itu mungkin utusan dari Allah. Kehadirannya untuk membantu arwah supaya segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah semuanya berurusan dengan baik.
Apabila difikirkan balik hidup arwah amat disenangi oleh semua orang. Tidak seperti orang lain. Arwah hanya habiskan masa dengan duduk dirumah. Tanpa mengumpat,mengata atau melepak yang biasa dilakukan oleh teman2 seusianya. Hari2nya hanya dirumah bersama isteri dan cucu yang dijaganya sejak bayi. Setelah kehilangannya dan kejadian yang berlaku dihari pemergiannya. Kami berusaha untuk menjadi seperti arwah. Iaitu hanya melakukan perkara2 yang perlu sahaja. Andai diri cuba untuk mendekati perkara2 seperti mengumpat atau mengata kami cuba untuk elakkan.
Walaupun kehilangannya telah sebulan berlalu. Kehadirannya tetap kami ingati. Biarpun hati ini tak tertanggung rindu yang tersimpan tapi apakan daya diri. Rindu hanya mampu tersimpan dilubuk hati ini. Dan kiriman doa yang mampu diberikan untuk melepaskan rindu. Inilah yang dikatakan rindu seorang insan. Kerana kerinduan itu hanya mampu dirasai bukan dilepaskan kerana insan yang dirindui telah menjadi milikNya untuk selama2nya.
Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amiin..