Sabtu, 25 April 2009

kEkUrAngAn sEorAng wAniTA aPaBiLa..


Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaitu memohon ampun. kerana aku melihat kaum wanitalah yamg lebih ramai menjadi penghuni neraka."


Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah bersabda,"Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi,"Wahai Rasulullah!apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah bersabda,"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak boleh mendirikan sembahyang pada malam2 yang dilaluinya kemudian berbuka di bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."(Riwayat Muslim)

Wanita adalah makhluk yang unik diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki.Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Perempuan dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh,tertipu dan terpedaya. Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain,Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan