Sabtu, 25 April 2009

..kErInDuAn sEoRaNg InSaN..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani.

Setiap berhubungan ada pertemuan. Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap perpisahan ada penyebabnya. Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan apakan daya untuk menolak takdir yang tercipta. Andai itu yang tertulis oleh Sang Pencipta.
Bukan mudah untuk menerima kenyataan apabila terpaksa kehilangan orang yang tersayang. Apatah lagi disaat diri cuba disayangi dan menyayangi. Amat tersentap jiwa apabila diri telah dikabarkan dengan berita kehilangan si dia. Biarpun selama ini kehadirannya hanya sebagai peneman hidup sebuah keluarga.
Tanggal 7 mac 2009, jam 1.15 a.m. di saat semua orang di layar mimpi indah. Dikala itu jua diri menerima panggilan dari seorang insan dengan menyatakan atuk kesayangan telah kembali ke Rahmatullah. Masakan diri dapat menerima berita itu di saat diri tahu yang atuk tak pernah mengalami apa-apa penyakit. Tapi itulah janji Sang Pencipta. Kesihatan tidak menjanjikan apa-apa andai Dia telah tatapkan waktuNya.
Kehilangannye tetap kami redhai. Biarpun semua ahli keluarga masih terpempan dengan kehilangannya. Masakan tidak dirasai apabila disaat akhirnya,dia menunjukkan kasih sayangnya kepada semua ahli keluarga. Bagaikan terasa bahang sayang terakhir itu. Pemergiannya penuh dengan keredhaan dan persoalan. Masakan tiada persoalan andai kewujudan insan yang penuh dengan misteri. Tapi itulah kuasa Allah.
Pemergiannya kami uruskan dengan cara yang wajib. Apabila tiba saat untuk mengusung arwah ke perkuburan kami sekeluarga didatangi oleh seorang hamba Allah yang penuh misteri. Agak jarang apabila seorang jenazah yang telah disembahyangkan di sembahyangkan lagi tetapi bukan secara beramai2 tapi hanya dua orang sahaja. Sebagai ahli keluarga kami hanya mampu melihat dan mampu berdoa kepada arwah. Setelah semuanya selesai kami tekelu lagi dengan perbuatan yang dilakukan oleh hamba Allah yang penuh misteri itu lagi. Dia bagaikan wakil kami untuk memberi ucapan terakhir seperti yang biasa dilakukan apabila jenazah hendak dibawa ke perkuburan.
Ucapannya bagaikan seseorang yang amat mengenali arwah sedangkan kami musykil dengan kehadirannya. Lebih mengelirukan apabila selesai ucapan, hamba Allah itu menanyakan nama arwah. Dengan lidah yang masih kelu kami hanya menurutkan apa yang dikatakan. Tanpa sebarang soalan kami memberi nama arwah kepadanya. Dengan izin Allah jenazah yang dibawa oleh ahli keluarga terasa ringan dan mudah sungguh pengurusan pengebumian jenazah dilakukan. Setelah selesai semua urusan diperkuburan kami sekeluarga pulang dengan kerinduan. Kerinduan yang amat sangat kepada arwah.
Kenduri tahlil dilakukan selepas maghrib hanya untuk ahli keluarga. Disitulah semua peroslan wujud. apabila ada yang bertanyakan kehadiran hamba Allah yang penuh misteri itu. Masakan tidak, semua yang dilakukan bagai telah disuruh. Tanpa soalan atau permintaan yang kedengaran dari hamba Allah tersebut. Antara kami cuba untuk mengingati dan memberitahu rupa hamba Allah tersebut tapi seorang pun tak dapat bayangkan lagi rupa parasnya itu. Semuanya hanya dapat melihat kabur2 sahaja. Bermula dari itulah kami dapat alamat bahawa hamba Allah itu mungkin utusan dari Allah. Kehadirannya untuk membantu arwah supaya segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah semuanya berurusan dengan baik.
Apabila difikirkan balik hidup arwah amat disenangi oleh semua orang. Tidak seperti orang lain. Arwah hanya habiskan masa dengan duduk dirumah. Tanpa mengumpat,mengata atau melepak yang biasa dilakukan oleh teman2 seusianya. Hari2nya hanya dirumah bersama isteri dan cucu yang dijaganya sejak bayi. Setelah kehilangannya dan kejadian yang berlaku dihari pemergiannya. Kami berusaha untuk menjadi seperti arwah. Iaitu hanya melakukan perkara2 yang perlu sahaja. Andai diri cuba untuk mendekati perkara2 seperti mengumpat atau mengata kami cuba untuk elakkan.
Walaupun kehilangannya telah sebulan berlalu. Kehadirannya tetap kami ingati. Biarpun hati ini tak tertanggung rindu yang tersimpan tapi apakan daya diri. Rindu hanya mampu tersimpan dilubuk hati ini. Dan kiriman doa yang mampu diberikan untuk melepaskan rindu. Inilah yang dikatakan rindu seorang insan. Kerana kerinduan itu hanya mampu dirasai bukan dilepaskan kerana insan yang dirindui telah menjadi milikNya untuk selama2nya.
Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan