Sabtu, 15 Mei 2010

.::sPecial fOr mY dAd::.



Malam yang membosankan bile terase tak tau nak buat ape dah.Nak bace buku malas la pulak.Nak tido awal (jenuh tido lame sangat tengah hari tadi).Jadi baik memenuhkan blog nie yang banyak sangat ruang kosong.

Ape-ape pun minggu nie ana just nak cite pasal family jek.Hehe (rindu sangat tu).Ape ek nak diceritakan.Haa.Minggu nie ari lahir AYAH KESAYANGAN ana.Alhamdulillah esok la tarikh kelahirannya.Ana bersyukur coz ayah masih dipanjangkan umur dan masih dapat beribadah kepadaNya.InsyaAllah esok genap umor ayah yang ke 53.Hehee (muda tak ayah ana). AYAH yang sudah bergelar SUAMI kepada seorang ISTERI, AYAH kepada TIGA orang ANAK, dan ATUK kepada DUA orang CUCU.

AYAH seorang yang sangat susah untuk difahami oleh orang lain.Coz die seorang yang panas baran tapi panas barannya KHAS untuk ANAK-ANAK yang ingin dijadikan INSAN yang berjaya. AYAH akan marah anak-anaknya bila sesuatu yang ditegah agama atau perkara yang menyalahi peraturan umah dilanggar tanpa sebab-sebab yang tertentu.

Bukan membangga diri tapi ALHAMDULILLAH ana tak pernah kena MARAH. (coz ana paling takut org marah klu kena marah ble demam tu n sebab tu kot ayah tak marah ana). AYAH insan yang sangat sederhana orangnya. Impian ana nak jadi macam AYAH coz AYAH tak pernah lupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ANAK.Ape yang AYAH buat n lakukan AYAH akan INGAT kat NENEK.

Lastly,just nak AYAH tau yang AYAH la hero dalam hidup adik.Tiada insan yang bergelar lelaki boleh menandingi AYAH didalam hati ADIK.

.::ADIK SAYANG AYAH::.


Jumaat, 14 Mei 2010

.::spEcIal fOr mY mOm::.


Awal lagi kalau nak amik wuduk.Sambil-sambil tunggu masuk waktu sempat juga menaip entry yang selalu kosong nie.Jam bru pukul 12.57 lagi 13 minit nak tunggu zohor.InsyaAllah akan ku merepek dengan secepatnya.

Bukan nak merepek sangat pun just nak mengingatkan diri dan kalian pembaca.Huhuu..Bukan a0pe just kadang-kadang diri nie terlalu sibuk atau diri nie saje buat2 sibuk (tu la hakikat sebenarnya). Enam hari yang lepas hari yang selalu di tunggu-tunggu oleh insan yang bergelar IBU supaya anak-anak kesayangan mengucapkan kata-kata sayang dan kalimah yang indah untuk dirinya.Tapi dengan insan yang sesibuk kita nie selalu lalai dan lupe untuk melafazkan kalimah sayang tu.(ana pun lupe yang hari tersebut hari ibu nasib baik kakak ana ingatkan).

Maaf MAMA TERSAYANG adik lupe nak bagi mesej awal-awal untuk bagi tau yang adik SAYANG MAMA.MAMA lah buah hati adik selagi hayat adik masih di panjangkan.Sememangnya terlalu rindu diri nie terhadap MAMA.Tapi apekan daya tuntutan PELAJARAN membuatkan adik hanya mampu mendoakan kesejahteraan MAMA n AYAH kat melaka.

Pengorbanan seorang ibu memang x dapat dihitung dengan apepun.Segala pengorbanan mu sentiasa dalam ingatan nie.Moga-moga adik boleh menjadi insan SETABAH,PENYAYANG,PEJUANG n SECEKAL MAMA.Sepanjang kehidupan akak,abang n adik dibesarkan tak pernak adik dengar MAMA mengeluh dan MAMA juga bukan insan yang suka BERLETER (bagi sesetengah ibu tu benda wajib).

Sepanjang keberadaan kami di hospital dengan masalah n penyakit masing-masing MAMA masih menemani kami walaupun MAMA pun ader kerja yang perlu diselesaikan.Macam-macam kerenah kami tiga beradik yang MAMA ikutkan.Mama tak pernah memburukkan kami walau apepun.MAMA..AKAK,ABANG n ADIK SAYANG MAMA SANGAT..

YOU ARE MY ONLY MINE

Moga MAMA dipanjangkan umur n diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah kepadaNya n dapat kamiadik beradik menunaikan tanggungjawab kami pula untuk MAMA n AYAH.

BE STRONG ANA CAUSE U HAVE A STRONG WOMAN BESIDE U...
THATS IT...

PN. ROSNANI BINTI HJ.MINHAT

CoRETAn SiPeMbACA

Aduuhh..
Darah balik luka nie.Dah agak dh mesti darah blik.(org ckp luka diluar sume org tau tp lyuka dihati tak sape tau).Aik mcm kcewa b'cinta la plak.Hehe.Ana tak der cite cinta nak dikongsikkan.Biase ar tak cukup ilmu nak bicare psal cinta.Cuma ingin bicara pasal sahabat yang b'cnta.

Bukan niat nak mengkeji atau mengherdik insan yang sedang bercinta.Siapa la ana nk bercerita mngenai kekurangan dan kelebihan bercinta.Cuma kesedihan yang tak dapat dirungkaikan utk sahabat ana.Orang yang ana knal sbagai pnegak sebuah persatuan keislaman dihanyutkn dengan sebuah cinta.

Untuk peringatan utk ana n sahabat2 sekalian.Bukan ana nak b'syarah atau ceramah cuma nak berkongsi ape yang ader.Sume org akan mlakukan kesilapan.Tp bukan selalu melakukan ksilapan.Semua org akan cube jdi yg terbaik utk hri2 yang mndatang.Ana jge sntiasa doa n berdoa sume kita sme2 brubah ke arah kebaikan.Tp apakan daya kalau
kekutan diri tak dapat nk melawan kehendak.

Lama sudah mninggalkn zaman berPESATUAN dan perJUANGAN.Suatu yang indah bile msing2 mengeluarkn pndpat utk mnjdikan suatu PERSATUAN mnjadi lbih baik.Wahai shabat, kalian lah yang akan ana ingat spanjang prjlanan hdup ana.Jadi ana tak nak shabt2 ana bt kslahan yg sme stiap hri.

BerCINTA la semahu-mahunya,sesungguhnya cinta itu fitrah yg dikurniakan Allah utk setiap makhluk ciptaanNya.Tapi izinkan cinta itu disalurkan ketempat yg diredhai Allah.Moga Allah lebih memBERKATI dan meREDHAI hbungan yang terjalin.

Sahabat jgn kau lalai dengan hsutan CINTA yg akan memBUATMU terbuai.Terbuai yg membuatMu DERITA dan gundah bila memikirkn si dia.Izinkan ana utk huraikan lbih lanjut di entry yg lain..

Selasa, 11 Mei 2010

.::kekaSih yAng mEnjadi seButAn::.


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.

Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah.

Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.