Ahad, 26 April 2009

.::4 LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA::.

Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam api neraka.

  1. Ayahnya :


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulika anak-anaknya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat …… tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya :

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya, apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tertangguh, puasa tidak tinggal maka akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


  1. Abang-abangnya :

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya……. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya di biar melencong dari ajaran ISLAM….. tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

  1. Anak Lelakinya :

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal pelakuan yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan di soal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan