Jumaat, 1 Mei 2009

.::aLahAi wAnItA::.


Seribu kemaafan ingin ana hulurkan andai apa yang ingin dikatakan menguris hati sesetengah pihak. Bukan niat hati untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Tapi sebagai teguran dan peringatan untuk diri.

Malam semalam ana dan teman serumah sama-sama menonton program realiti di salah sebuah chanel yang agak popular. Dari tak buat apa-apa ana pun join la tengok program tersebut. Biasa la kalau program2 macam tu mesti ader penyokong, pengkritik n undian. Ana pun tengok je la dari mula program smpai la program tu berakhir. Tapi tak la duduk statik tak bergerak. Sambil tu buat asgment la juga.

Ana bukan nak menegur apa yang program realiti tu anjurkan. Cuma ana nak menegur dari segi pemakaian peserta wanita. Aduh..sakitnye mata nie. Nak aje tutup tv tu. Nanti takut teman cakap apa pulak. Lagipun ana bukan baik mana pun. Memang cara pemakaian diorang menyakitkan mata nie. Jangan cakap la. Bukan nak marah cuma sebagai seorang insan yang sejenis dengan mereka. Ana agak segan dan malu yang teramat sangat dengan cara pemakaian sesetengah diantara mereka.

Memang la tak salah dan memang tak de hukum bagi kaum yang bukan seagama ana untuk pkai pakaian yang terdedah sana sini. Tapi yang seagama dengan ana tu paham2 la. Banyak lagi pkaian lain yang boleh dipakai untuk buat persembahan. Kenapa la pakaian 'tu' juga yang dipilih. Dan persoalannya rancangan tu bukan untuk orang muda je. Tapi untuk semua lapisan umur. Ana rasa dengan pakaian yang agak keterlaluan tu cukup membuatkan penonton yang berusia agak muak untuk melihat program tu.

Ana agak hairan juga. Memang diharuskan ke untuk menjejakkan kaki ke pusingan akhir sesebuah program kena berpakaian yang 'begitu' rupa?? Bukan menang pun kalau pakai macam tu kan. Semua b'gantung pada undian. Jadi tak perlulah untuk berpakaian 'begitu'. Memadai berbekalkan bakat yang ada.

Bagi seorang insan yang rasa rendah diri nie hanya mampu bercerita kepada teman2 supaya kita tak melakukan sesuatu yang sudah pasti salah dan haram hukumnya. Maka pandai2 lah kalian untuk mencari pakaian yang bersesuaian dengan kalian. Supaya tidak menjadi bahan bualan orang dan mendapat habuan yang buruk dari Pencipta Yang Adil..

Beringatlah wahai kaum HAWA..
Kaum KITA amat ramai di dalam NERAKA..
Berubahlah..InsyaAllah..
Amiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan