Khamis, 14 Mei 2009

.::rEdHA lAh wAhAi hAtI::.


Salam rindu dari ana..

Lama sudah tak buat catitan dalam blog yang tak seberapa nie. Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan untuk mencatit secebis dua cerita. Menghilang tanpa khabar bukan bermaksud tak rindu. Tapi menghilang untuk menerima takdir diri yang telah tertulis. Terlepas sudah kerinduan terhadap teman-teman di kolej nie.

Sudah seminggu ana keluar dari hospital. Rase macam rindu pun ade dekat doktor n jururawat2 yang dah jage ana ngan baik. Ana just nak kongsi cerita yang kebanyakkan dari kawan2ana tak percaya dengan ape yang dah berlaku kat ana. Bukan untuk mendapat simpati tapi memadai untuk belajar memahami. Walaupun sukar untuk kita percayakan sesuatu itu berlaku. Memadai kalau kita percaya yang Allah lebih berkuasa menentukan semuanya.

Alhamdulillah ana dilahirkan sempurna seperti kalian yang lain. Sihat dari segi fizikal dan mental. Tapi ujian Allah ana sendiri tak menduga yang diri akan diuji sebegini. Apa-apa pun ana bersyukur dengan ketentuannya. Ana mempunyai masalah saraf dan tulang yang agak teruk. Ana memang bergantung pada ubat. Kalau tak makan sendiri la terima akibatnya. Seperti kebiasaan sebelum tidur ana akan pastikan untuk mengambil ubat. Supaya tak ader sebarang kesulitan. Dalam kata lain setiap kali tidur sakit ana akan menyerang ana. Tanpa diduga malam tu sakitnya amat lah teruk. Sampaikan tak der ubat yang boleh menghilangkan rase sakit yang menimpa diri. Seperti biasa juga air mata peneman diri. Tangisan kesakitan tak dapat dibendung.

Allah Maha Adil. Disaat kesakitan melanda mama ana bekerja pada waktu malam. Jadi disebabkan kesakitan yang membuatkan ana tak boleh tidur ana telefon mama ana untuk bagi tahu keadaan yang agak kritikal tu. Hati ibu mana yang akan senang bila mendengar keadaan anak yang sememangnya bawah jagaan doktor dilanda kesakitan. Apa-apa pun dari kejauhan ini kata-kata semangat dari seorang ibu membuatkan diri ini kuat. Diri tetap menanggung kesakitan sehingga keesokkan hari di saat teman-teman lain melayari mimpi indah.

Tidur yang hanya berapa minit cukup memadai untuk melepaskan rasa ngantuk yang tak terucap ketika tu. Sememangnya di saat ana sakit tiada budak rumah yang tau sebab ana tak mau menganggu orang. Siangnya ana cuba untuk gagahkan diri untuk tolong teman sebilik masak. Tapi apakan daya diri betul-betul lemah. Yang membuatkan ana terhuyung-hayang. Disebabkan kesakitan yang tak tertanggung ana terus menelefon keluarga untuk bawa ana jumpa doktor. Ana telah dibawa pulang dan ana dibawa terus ke hospital melaka.

Setibanya di hospital ana gagahkan diri untuk bergerak ke bilik rawatan. Seperti kebiasaan ana suka bergurau dengan keluarga. Walaupun disaat kesakitan itu melanda ana tetap cuba untuk tersenyum dan membuatkan keluarga tersenyum supaya mereka tak risaukan diri nie. Keputusan doktor membuatkan diri rasa curiga. Kerana ramai doktor di situ memandang dengan penuh kehairanan dan ader ayat yang ana dengar "muda lagi dah sakit camnie". Ana abaikan je dengan ape berlaku. Tapi riak muka seluruh keluarga ana membuatkan ana risau dengan apa yang berlaku pada ana sebenarnya. Tapi ana cuba untuk membuat mereka tersenyum.

Ana ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Seperti kebiasaan ana cuma menganggap rawatan yang dijalankan hanya untuk penyakit yang ana ader. Tapi setelah dua hari di hospital baru keluarga dan doktor memberitahu yang jantung ana ader masalah. Disaat itu hanya Allah yang tahu keadaan diri. Diri tetap menyorokkan kegelisahan diri. Siapa yang tak terkejut dengan berita penyakit sendiri yang selama ini dirasakan dalam keadaan baik.

Jadi untuk teman-teman yang membaca ana cuma nak bagi tahu yang penyakit tak mengira usia. Andai itu ujian Allah untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Semua yang berlaku ader hikmah disebaliknya. InsyaAllah semua penyakit ader ubatnya.

Tenanglah wahai hati..
Redhalah wahai jiwa..
Bersabarlah wahai diri..
Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan